Rabu, 28 November 2012
Selasa, 27 November 2012
RANCANGAN KEWANAGAN
RANCANGAN
KEWANGAN
Perancangan yang teliti
mengenai aspek - aspek kewangan perlu di lakukan sebelum seseorang usahawan
memulakan perniagaannya. Perancangan tersebut boleh di buat melalui penyediaan
Rancangan Kewangan.
Rancangan kewangan
merupakan salah satu daripada aspek terpenting di dalam penyediaan Rancangan
Perniagaan di mana projek yang telah di kenal pasti akan diterjemahkan dalam
bentuk nilai ringgit. Rancangan kewangan ini perlu di kenal pasti bagi melihat
sama ada perniagaan mempunyai keupayaan dan kemampuan dari segi kewangan untuk
menjalankan projek atau perniagaan tersebut. Rancangan Kewangan juga dapat
memberi gambaran yang jelas mengenai pulangan yang bakal di peroleh atas
pelaburan modal yang akan di buat.
Bahagian
Kewangan
Kos
Pelaksanaan Projek
|
|||
Perkara
|
Kos ( RM )
|
||
Deposit sewa premis
|
1000
|
||
Deposit Utiliti
|
200
|
||
Peralatan pejabat
|
9000
|
||
Perabot pejabat
|
5000
|
||
Van penghantaran
|
8000
|
||
Pemasaran
|
1500
|
||
Keperluan lain &
pra – operasi
|
2500
|
||
Luar jangka
|
2000
|
||
Jumlah
|
29,200
|
Cadangan
Sumber Pembiayaan Projek
Perkara
|
Tunai
( RM )
|
Deposit
sewa premis
|
1000
|
Deposit
Utiliti
|
200
|
Peralatan
pejabat
|
-
|
Perabot
pejabat
|
-
|
Van
penghantaran
|
3000
|
Pemasaran
|
-
|
Keperluan
lain & pra – operasi
|
-
|
Luar
jangka
|
2000
|
Jumlah
|
6200
|
Harga
Yang Telah Ditetapkan Terhadap Produk ( Smart Rawi )
Perkara
|
Nilai ( RM )
|
Tablet
|
200
|
Alat dengar
|
20
|
Pengesan Suara
|
10
|
Pen Elektronik
|
20
|
·
SSatu set apabila
merangkumi empat item diatas berjumlah RM250.00
Kapasiti pengeluaran
Keupayaan
menjual produk adalah bergantung kepada permintaan dan rangsangan orang ramai
terhadap produk tersebut.
RANCANGAN PROMOSI
RANCANGAN PEMASARAN
1.
BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG
DITAWARKAN
Syarikat NUUR ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat
elektronik yang menghasilkan produk elektronik khusus dalam bidang pendidikan.
Hal ini kerana kami mendapati terdapat masaalah dalam pendidikan jawi dan
al-quran. Kami berharap dengan produk yang kami hasilkan ini dapat membantu
sedikit sebanyak dalam menangani masalah buta huruf dalam kalangan pelajar.
Produk yang kami hasilkan ini dapat membantu pelajar menyebut huruf-huruf
hijaiyah serta memperbetulkan sebutan-sebutan asas dalam al-Quran.
2.
ANALISIS INDUSTRI/ PASARAN
Syarikat NUUR ENTERPRISE adalah perniagaan
perkongsian yang menjalankan perniagaan menjual alat elektronik pendidikan
terkini. Bidang perniagaan yang diceburi ini mempunyai potensi yang sangat
tinggi untuk di majukan kerana prospek pembeli yang ramai serta keperluan
pengguanaan barangan ini. Walaupun terdapat banyak persaingan, pengurusan dan
strategi yang berkesan oleh syarikat kami diyakini dapat mengatasi
persaingan-pesaing dari syarikat lain. Peluang perniagaan untuk bertahan adalah
tinggi kerana jumlah permintaan yang tinggi terhadap jenis perniagaan yang dijalankan oleh
syarikat kami.
3.
BENTUK PASARAN ATAU SYER
PASARAN
Perniagaan
yang dijalankan berbentuk perkongsian iaitu secara pemilikan bersama. Sebarang
keuntungan, kerugian, dan risiko perniagaan akan di tanggung secara
bersama-sama. Perniagaan yang diceburi adalah menjual produk berasaskan alat
elektronik pendidikan terkini.
4.
SAIZ PASARAN
Sasaran jualan
kami melalui Kementerian Pelajaran Malaysia adalah daripada kalangan pelajar
sekolah rendah dan kebawah yang berada disekitar negeri Johor. Manakala yang
tidak melalui Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah orang ramai khususnya
muallaf
5.
PELANGGAN
Sasaran untuk produk kami adalah pelajar sekolah rendah,
guru agama, dan muallaf. Kawasan yang menjadi pilihan kami adalah Negeri Johor.
6.
BARANGAN/PERKHIDMATAN
Senarai produk barangan yang dikeluarkan adalah barang
yang berasaskan elektronik iaitu headfon , mikrofon , tablet dan pen.Anggaran
untuk kuantiti yang dikeluarkan adalah 50 unit untuk 1 hari dan anggaran untuk jumlah jualan
adalah 40 unit 1 hari. Anggaran harga bagi seunit alat ini adalah RM 250 bagi
satu pakej lengkap iaitu tablet, pen, headfon, dan mikrofon.Harga bagi seunit alat
dengar adalah RM20. Manakala seunit alat pengesan suara pula adalah RM10. Harga
bagi seunit tablet adalah RM200 dan seunit pen adalah RM20 .Kelebihan
untuk barangan ini adalah ia dapat membantu dalam pembelajaran iqra’ dan jawi.
Alatan ini dapat mengesan kesalahan dalam sebutan iqra’ dan jawi. Malah, alatan
ini juga akan menunjukkan sebutan iqra’ dan ejaan jawi yang betul. Keburukan pula, barangan ini tidak mempunyai
software atau kemudahan selain dari penggunaan iqra’ dan tulisan jawi seperti
al-Quran.Ia juga hanya sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah dan guru
yang mengajar pendidikan islam khususnya. Produk kami juga menawarkan pembelian
alat ganti setiap unit.
7.
PERSAINGAN
Terdapat pelbagai persaingan pada masa kini yang seperti
al-quran digital, “note book”, komputer riba, tab dan lain-lain alat elektronik
yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Persaingan sangat tinggi mugkin
berlaku kerana rata-rata barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam bidang
pendidikan pada masa kini adalah hampir sama. Dengan itu, kami telah membuat
sedikit kelainan dan penambahbaikan pada
produk kami.
8.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING
Setiap sesuatu produk yang dihasilkan pastinya mempunyai
kelebihan. Kebanyakkan produk elektronik yang terdapat pada masa kini memang
boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Malah, terdapat produk yang dihasilkan
oleh pesaing-pesaing kami boleh digunakan dalam semua matapelajaran. Kelemahan
yang terdapat dalam produk yang dihasilkan oleh pesaing kami adalah punca
terhasilnya produk kami. Kami dapati tiada produk yang dihasilkan khusus untuk
menangani masalah buta huruf dikalangan pelajar. Kebanyakkan produk yang
dihasilkan terlalu banyak kegunaan sehinggakan pelajar tidak dapat menggunakan
semua software yang diletakkan dengan sebaiknya dalam sesuatu
produk.
9.
RAMALAN JUALAN
Jualan kami diramalkan akan mencapai target keuntungan
sebanyak 50 peratus ke atas daripada modal yang telah kami dikeluarkan. Kami
juga menganggarkan bahawa sebanyak 1000 unit dalam masa setahun jualan produk
kami yang akan terjual .
10. STRATEGI
PEMASARAN :
i.
Strategi
Barangan (Produk)
Produk
yang kami ingin perkenalkan kepada semua orang ialah sejenis alat pembelajaran
masa kini yang dapat membantu pelajar yang ingin belajar atau memperkemaskan
atau memperbetulkan Jawi dan Iqra dengan berkesan.
Produk
ini dikenali sebagai “Smart Rawi” yang mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi
produk yang pelanggan akan dapat melalui pembelian “Smart Rawi” ialah pelanggan yang baru ingin mempelajari
Iqra dan Jawi akan dapat mempelajarinya dengan mudah, pembelajaran ini akan
diajar secara berperingkat-peringkat dan setiap kesalahan yang dibuat akan
diperbetulkan sehinggalah betul. Bagi pelanggan yang sudah mempelajari jawi dan
Iqra dapat memperkemaskan lagi pembelajaran mereka secara persendirian dan
dapat meningkatkan pencapaian Jawi dan Iqra. Contoh untuk pembelajaran Iqra,
setiap sebutan huruf hijaiyyah akan diajar satu per satu, Pelanggan akan mendengar perkataan yang disebut dan akan menyebut perkataan tersebut
sehinggalah betul sebutannya.
Barangan
ini akan diperolehi dalam bungkusan kotak yang menarik. Pembungkusan yang
dibuat dapatmemenuhi ciri-ciri kelamatan yang sepatutnya, sesuai dengan
barangan yang dibungkus, mempunyai label yang senang untuk pelangganmengenali
produk yang kami tawarkan dan setiap fungsi produk yang ditawarkan
jelasterdapat di atas kotak pembungkusan tersebut. Antarabarangan yang akan
pelanggan perolehi ialah “4 in 1” iaitu tablet, pen, headphone dan mikrofon.
Oleh itu, pelanggan akan berpuas hati dengan produk yang dibeli kerana ia
mempunyai pelbagai barangan di dalam satu pembelian.
ii.
Strategi
Promosi
Promosi
ialah strategi berkomunikasi yang kami gunakan untuk memperkenalkan produk yang
kami tawarkan kepada pelanggan. Strategi promosi merangkumi strategi
pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam dan pemasaran secara langsung.
Pengiklanan
yang akan dibuat dengan kerjasama media massa ,sekolah dan Kementerian
Pelajaran Malaysia(KPM). Pengiklanan yang dibuat oleh media massa mempunyai
ciri-ciri warna yang sesuai dan menarik, penggunaan kartun juga digunakan supaya pelajar-pelajar
tertarik dengan iklan tersebut dan akan cuba untuk membelinya, bagi golongan
muallaf pula kami akan cuba menarik minat mereka dengan menunjukkan
kepelbagaian fungsi produk tersebut. KPM pula dapat membantu kami mengiklankan
produk ini ke sekolah – sekolah yang terpilih. KPM akan membuat pelancaran
produk-produk ini di sekolah - sekolah yang terpilih,guru-guru dan pelajar akan
dapat lihat fungsi produk ini secara realiti dengan demontrasi yang akan dibuat
oleh kakitangan kami sendiri. Mereka juga dapat mencuba produk ini sebelum
pengagihan yang sebenar dibuat oleh sekolah melalui KPM.
Promosi
diskaun jualan yang akan dibuat pada permulaan produk ini dilancarkan. Kami
akan member diskaun sebanyak 10% - 15% . Tempoh promosi yang sesuai ialah
selama 1 bulan dan tarikh selepas itu tidak
akan dilayan. Diskaun yang akan diberikan akan mendorong minat pelanggan
untuk membelinya kerana mereka merasakan tidak akan dapat harga diskaun seperti
ini lagi jika tidak membelinya dari sekarang.
Kami
juga akan mempromosi produk kami kepada orang awam dan pasaran secara langsung melalui premis-premis kami
dan juga “roadshow” di pasaraya.
Pelanggan akan dapat melihat fungsi produk secara jelas dan persoalan produk ini akan dapat dijawab
secara terus di lokasi - lokasi tersebut.
iii.
Strategi Harga
Harga
adalah nilai yang perlu dibayar oleh pembeli / pelanggan kepada kami
sebagai pulangan kepada produk yang
telah dibeli daripada kami. Kami menawarkan setiap 1 unit “Smart Rawi” dengan harga RM 250. Penetapan harga tersebut
telah dipertimbangkan oleh kami dan
mendapati kos ini sesuai kerana ia melibatkan kos sebenar produk dan kemampuan
pengguna untuk membelinya. Memandangkan produk kami adalah yang pertama
dikeluarkan, jadi amat bersesuian dengan harga yang ditawarkan kepada
pelanggan.
iv.
Strategi
Edaran
Tempat
atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran untuk memastikan
“Smart Rawi” sampai kepada pelanggan.
Aspek yang penting adalahtempat, tempat yang telah kami kenal pastiadalah di
sekitar Lowyat yang mana pelanggan mendapat akses kepada produk yang kami
tawarkan. Tempat tersebut kami pilih
kerana ia melibatkn pusat elektronik yang terbesar di Kuala Lumpur. Kami
mendapati ramai pelanggan yang akan mengunjungi tempat tersebut dan ini adalah
merupakan tempat yang sangat strategik dan sesuai dengan kualiti dan kuantiti
pelanggan untuk mengedarkan produk
“Smart Rawi” ini.
Pengedaran yang
kami lakukan secara langsung
dimana kami berhubung terus dengan KPM
untuk diedarkan kepada sekolah - sekolah yang terlibat dan
sekolah-sekolah ini akan mengagihkan produk ini kepada pelajar – pelajar
sekolah tersebut. Manakala pengedaran secara tidak langsung melibatkan penjual
yang lain yang ingin menjual produk kami
ini di premis – premis mereka.
KOS PELAKSANAAN PROJEK
|
|
||
Perkara
|
Kos
( RM )
|
||
Deposit
sewa premis
|
1000
|
||
Deposit
Utiliti
|
200
|
||
Peralatan
pejabat
|
9000
|
||
Perabot
pejabat
|
5000
|
||
Van
penghantaran
|
8000
|
||
Pemasaran
|
1500
|
||
Keperluan
lain & pra – operasi
[bil.
eletrik dan lain-lain ]
|
2500
|
||
Luar
jangka
|
2000
|
||
Jumlah
|
29,200
|
Langgan:
Catatan (Atom)