TUJUAN
KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk
membentangkan segala bentuk perancangan perniagaan yang telah dirangka bagi menjalankan perniagaan
teknologi dalam pendidikan ini. Melalui kertas kerja ini segala aspek
perkhidmatan, pengurusan ,permasaran , dan kewangan akan diterangkan sejelasnya
agar dapat memohon pembiayaan dari pihak Digital Malaysia berjumlah RM300,000.00
( Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu Sahaja ).
Selain itu, kertas kerja ini juga disediakan sebagai
satu perancangan untuk pelaksanaan projek serta menjadi garis panduan dalam
menguruskan perniagaan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini berjalan dan
berkembang mengikut seperti yang telah dirancang.
Selain itu, kertas kerja ini juga disediakan bagi
meyakinkan pelabur – pelabur yang berminat untuk berkongsi modal dengan
syarikat kami tentang keupayaan produk kami. Hal ini kerana kami telah
menjelaskan modal – modal yang kami peruntukkan agar sebarang kekeliruan atau
penyelewengan modal tidak berlaku.
Maka, amatlah diharapkan agar dengan adanya
penyediaan kertas kerja ini dapat sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada
sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga SMART RAWI
Enterprise sama ada sebagai pelabur atau pembekal kepada produk kami nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan