Pekerja
Pentadbiran dan Tugas
1)
Ketua Pegawai
Eksekutif
Bertanggungjawab dalam menggerakkan dan
memberi arahan kepada anak buah. Mempunyai ‘Power of Order’ yang tinggi supaya
anak buah mendengar setiap arahan yang disuruh. Mempunyai pengalaman dan
kebolehan dalam menguruskan sesebuah organisasi dan juga perniagaan.
2)
Setiausaha
Pakar dalam urusan surat menyurat yang
berkaitan dengan perniagaan, terutamanya format pelan perniagaan. Menjadi orang
kanan Ketua Pegawai Eksekutif dalam mengingatkan setiap perkara yang harus
dilakukan oleh beliau. Berperanan sebagai pemangku kepada Ketua Pegawai Eksekutif
sekiranya beliau tiada.
3)
Akauntan
Menguruskan urusan kewangan perniagaan
dengan baik. Seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
Bertanggungjawab dalam memikirkan strategi bagi menjana wang masuk.
4)
Unit Pemasaran
Menjalankan tugas-tugas pemasaran dalam
memastikan skop promosi yang berkesan dalam memasarkan jualan.
5)
Unit Pengeluaran
Memikirkan barang jualan yang akan
dipasarkan atau dijual bagi menjana pendapatan dan mendapat keuntungan.
Memastikan kualiti hasil pengeluaran sentiasa dalam standart piawaian yang
ditetapkan oleh perniagaan.
6)
Unit Operasi
Memastikan semua barangan dan peralatan
perniagaan yang diperlukan oleh setiap divisi disediakan awal dan tersedia
rapi.
7)
Unit Pengurusan
Sumber Manusia
Menyediakan jadual tugasan perniagaan yang
sistematik bagi kesemua divisi. Memastikan semua divisi melaksanakan tugas
masing-masing.
Matlamat
Organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh
organisasi adalah menjana pendapatan melalui keuntungan yang diperoleh daripada
hasil jualan. Menggunakan tenaga kerja sumber manusia dengan semaksima mungkin
tanpa berlaku lebihan dan kurangan tenaga kerja.
Antara
strategi yang dibentuk adalah melalui :
1) Mengumpul
wang modal permulaan bagi setiap individu dalam membeli barang jualan.
2) Kaedah
jualan kerepek dan keropok oleh setiap individu sama ada melalui kolej atau pun
rumah sewa masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan