Selasa, 27 November 2012

Carta Aliran Proses Pengajaran


Syarikat NUUR ENTERPRISE merupakan pencetus idea dalam menghasilkan aplikasi dan gadget syarikat kami yang diberi nama “SMART RAWI”. Gadget ini terdiri daripada tablet yang mempunyai aplikasi jawi dan iqra’, pen digital yang dapat mengesan sebarang kesalahan berkaitan, headphone untuk mendengar dan microphone yang terdapat pada headphone yang berfungsi sebagai alat untuk menyalurkan bunyi ke tablet.
Sebagai pencetus idea, kami perlu bekerjasama dengan DIGITAL MALAYSIA bagi memastikan idea kami dapat dihasilkan. Syarikat DIGITAL MALAYSIA merupakan rakan kongsi utama yang mana, syarikat tersebut akan membiayai syarikat kami dalam penghasilan produk keluaran syarikat.
Manakala, syarikat AUSSIEMAS SDN. BHD. yang terkenal sebagai pengeluar dan pembuat utama ‘QURAN DIGITAL’ akan bekerjasama dengan kami dalam menghasilkan tablet “SMART RAWI” tersebut. Syarikat ini adalah sebagai pembekal bahan utama dalam penghasilan produk syarikat kami.
Selepas produk berjaya dihasilkan, syarikat kami akan bekerjasama dengan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYISA [KPM] dalam menyalurkannya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di beberapa negeri tertentu. Ini untuk memastikan produk yang kami hasilkan dapat digunapakai dan berfungsi kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah.
Selain itu, kami juga turut menjual produk kami di kedai kami yang terletak di Low Yat, Kuala Lumpur. Sasaran kami untuk jualan di kedai adalah pada golongan ibu bapa yang bekerjaya, muallaf yang baru  mempelajari islam, golongan pendidik, orang awam dan sebagainya.
-                UNIT PENGELURAN/ JAM OPERASI
Keupayaan menjual produk adalah bergantung kepada permintaan dan rangsangan orang ramai terhadap produk tersebut. Anggaran untuk kuantiti yang dikeluarkan adalah 50 unit untuk  1 hari dan anggaran untuk jumlah jualan adalah 40 unit 1 hari bergantung kepada rangsangan daripada pembeli.
Anggaran harga bagi seunit alat ini adalah RM 250 bagi satu pakej lengkap iaitu tablet, pen digital, alat dengar, dan pengesan suara.Harga bagi seunit alat dengar adalah RM20,.manakala seunit pengesan suara pula adalah RM10. Harga bagi seunit tablet adalah RM200 dan seunit pen adalah RM20.

-          STOK BARANG

Tablet, pen digital dan microphone dibekalkan oleh syarikat Aussiemas SDN. BHD. Yang berperanan sebagai pembekal utama produk yang kami hasilkan.

Tablet = rm 200
Pen digital = rm 20
Pengesan suara = rm 10
Alat dengar = rm 20

Tiada ulasan: