Selasa, 27 November 2012

PEKERJA PENTADBIRAN DAN TUGAS DAN MATLAMAT ORGANISASI


Pekerja Pentadbiran dan Tugas
1)            Ketua Pegawai Eksekutif
      Bertanggungjawab dalam menggerakkan dan memberi arahan kepada anak buah. Mempunyai ‘Power of Order’ yang tinggi supaya anak buah mendengar setiap arahan yang disuruh. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam menguruskan sesebuah organisasi dan juga perniagaan.

2)            Setiausaha
      Pakar dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan perniagaan, terutamanya format pelan perniagaan. Menjadi orang kanan Ketua Pegawai Eksekutif dalam mengingatkan setiap perkara yang harus dilakukan oleh beliau. Berperanan sebagai pemangku kepada Ketua Pegawai Eksekutif sekiranya beliau tiada.

3)            Akauntan
      Menguruskan urusan kewangan perniagaan dengan baik. Seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Bertanggungjawab dalam memikirkan strategi bagi menjana wang masuk.

4)            Unit Pemasaran
      Menjalankan tugas-tugas pemasaran dalam memastikan skop promosi yang berkesan dalam memasarkan jualan.

5)            Unit Pengeluaran
      Memikirkan barang jualan yang akan dipasarkan atau dijual bagi menjana pendapatan dan mendapat keuntungan. Memastikan kualiti hasil pengeluaran sentiasa dalam standart piawaian yang ditetapkan oleh perniagaan.

6)            Unit Operasi
      Memastikan semua barangan dan peralatan perniagaan yang diperlukan oleh setiap divisi disediakan awal dan tersedia rapi.


7)            Unit Pengurusan Sumber Manusia
      Menyediakan jadual tugasan perniagaan yang sistematik bagi kesemua divisi. Memastikan semua divisi melaksanakan tugas masing-masing.

Matlamat Organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi adalah menjana pendapatan melalui keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan. Menggunakan tenaga kerja sumber manusia dengan semaksima mungkin tanpa berlaku lebihan dan kurangan tenaga kerja.
Antara strategi yang dibentuk adalah melalui :
1)      Mengumpul wang modal permulaan bagi setiap individu dalam membeli barang jualan.
2)      Kaedah jualan kerepek dan keropok oleh setiap individu sama ada melalui kolej atau pun rumah sewa masing-masing.


Tiada ulasan: