Selasa, 27 November 2012

- MESIN DAN PERALATAN DAN SUSUN ATUR RUANG OPERASI


Tiada mesin-mesin pemprosesan khusus yang kami gunakan, kerana penghasilan produk dijalankan oleh syarikat yang dilantik khusus untuk penghasilan produk “SMART RAWI”


Susun Atur Ruang Operasi




Faktor utama yang diambil kira dalam menyusun atur ruang operasi adalah faktor keselesaan pelanggan untuk membeli barangan di premis kami. Kami menyusun produk jualan di rak-rak jualan bagi memudahkan pelanggan melihat sendiri dengan lebih dekat untuk memastikan kepuasan pelanggan tercapai. Premis kami mengutamakan konsep ‘mesra pelanggan’ yang mana pelanggan boleh melihat dengan lebih dekat bagaimana aplikasi  “SMART RAWI” berfungsi dan penggunaannya.

-          LOKASI

Kami memilih beberapa buah sekolah yang sesuai untuk kami pasarkan produk kami sebagai langkah permulaan. Kami juga turut menjual produk kami di premis kami yang terletak di bangunan Low Yat, Kuala Lumpur memandangkan di situ adalah kawasan yang strategik bagi penggemar-penggemar gadget untuk mendaptkan barang-barang yang diperlukan oleh mereka. Bagi premis yang terletak di bangunan Low Yat, kami menyewa nya dengan kadar deposit sewaan  RM 1000 sebulan.


-          OVERHEAD OPERASI

1)      Peralatan pejabat [ fail, kertas a4, alat tulis, dan sebagainya ]
2)      Perabot pejabat [ meja, laptop, kerusi , penghawa dingin, dan lain-lain ]
3)      Perabot premis [ meja kaunter bayaran, kerusi, rak jualan dan lain-lain]
4)      Peralatan premis [, mesin wang, aksesori premis, penghawa dingin dan lain-lain]
5)      Kemudahan bekalan eletrik
6)      Kenderaan syarikat



Tiada ulasan: