Selasa, 27 November 2012

Pengenalan dan Ringkasan Eksekutif


PENGENALAN
Perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang menyediakan produk teknologi dalam pendidikan yang dinamakan sebagai SMART RAWI. Produk ini dihasilkan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam subjek Pendidikan Islam dengan menyediakan aplikasi jawi dan bacaan Iqra. Produk ini sesuai digunakan oleh semua pelajar khususnya bagi pelajar sekolah rendah dan tadika yang baru mendalami dunia IQRA’ dan sesuai juga digunakan oleh saudara baru Islam. Malahan bukan itu sahaja, aplikasi jawi yang dimuat turun dalam tablet SMART  RAWI  juga sesuai digunakan oleh pelajar – pelajar sekolah menengah, kolej – kolej, university serta sesuai kepada semua yang hendak mempelajari kaedah penulisan jawi yang betul.
Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh Smart  RAWI  Enterprise yang mana akan beroperasi di Lot kedai bangunan Lowyat, Kuala Lumpur.
Mengikut pada kajian persekitaran dan permasaran yang dilakukan serta strategi pemasaran dan pembahagian peratus pesaing pada kekuatan yang ada syarikat ini mampu berdaya majuk elak. Perniagaan ini mempunyai ciri – cirri berdaya maju ekoran daripada teknologi yang digunakan sekarang iaitu  ICT dalam bidang pendidikan.
Syarikat  ini juga dijangkaakan didaftarkan pada awal Januari 2013, atas nama syarikat Smart RAWI Enterprise yang mana terdiri daripada 7 rakan kongsi.








RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama                                       : SMART RAWI Enterprise
Jenis Perniagaan                      : Teknologi dalam Pendidikan
Nama dan Lokasi                    : SMART RAWI Enterprise, Lot Kedai Bangunan Lowyat,
                                                  Kuala  Lumpur.
Status dan saiz projek             : -

Produk                                                : SMART RAWI

Peluang Permasaran                : Peluang yang cerah memandangkan dunia sekarang banyak  menggunakan IT dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, masih kurang IT dalam bidang pendidikan Islam.
Anggaran kos projek               : 1 unit RM250
                                                  1000 unit x 250 = RM250 000







Tiada ulasan: