Selasa, 27 November 2012

Tujuan kertas kerja


TUJUAN KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala bentuk perancangan perniagaan yang  telah dirangka bagi menjalankan perniagaan teknologi dalam pendidikan ini. Melalui kertas kerja ini segala aspek perkhidmatan, pengurusan ,permasaran , dan kewangan akan diterangkan sejelasnya agar dapat memohon pembiayaan dari pihak Digital Malaysia berjumlah RM300,000.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu Sahaja ).

Selain itu, kertas kerja ini juga disediakan sebagai satu perancangan untuk pelaksanaan projek serta menjadi garis panduan dalam menguruskan perniagaan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini berjalan dan berkembang mengikut seperti yang telah dirancang.

Selain itu, kertas kerja ini juga disediakan bagi meyakinkan pelabur – pelabur yang berminat untuk berkongsi modal dengan syarikat kami tentang keupayaan produk kami. Hal ini kerana kami telah menjelaskan modal – modal yang kami peruntukkan agar sebarang kekeliruan atau penyelewengan modal tidak berlaku.

Maka, amatlah diharapkan agar dengan adanya penyediaan kertas kerja ini dapat sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga SMART RAWI Enterprise sama ada sebagai pelabur atau pembekal kepada produk kami nanti.



Tiada ulasan: