Selasa, 27 November 2012

RANCANGAN PROMOSI


RANCANGAN PEMASARAN

1.      BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Syarikat NUUR ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat elektronik yang menghasilkan produk elektronik khusus dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana kami mendapati terdapat masaalah dalam pendidikan jawi dan al-quran. Kami berharap dengan produk yang kami hasilkan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menangani masalah buta huruf dalam kalangan pelajar. Produk yang kami hasilkan ini dapat membantu pelajar menyebut huruf-huruf hijaiyah serta memperbetulkan sebutan-sebutan asas dalam al-Quran.


2.      ANALISIS INDUSTRI/ PASARAN

Syarikat NUUR ENTERPRISE adalah perniagaan perkongsian yang menjalankan perniagaan menjual alat elektronik pendidikan terkini. Bidang perniagaan yang diceburi ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk di majukan kerana prospek pembeli yang ramai serta keperluan pengguanaan barangan ini. Walaupun terdapat banyak persaingan, pengurusan dan strategi yang berkesan oleh syarikat kami diyakini dapat mengatasi persaingan-pesaing dari syarikat lain. Peluang perniagaan untuk bertahan adalah tinggi kerana jumlah permintaan yang tinggi terhadap  jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat kami.


3.      BENTUK PASARAN ATAU SYER PASARAN

Perniagaan yang dijalankan berbentuk perkongsian iaitu secara pemilikan bersama. Sebarang keuntungan, kerugian, dan risiko perniagaan akan di tanggung secara bersama-sama. Perniagaan yang diceburi adalah menjual produk berasaskan alat elektronik pendidikan terkini.




4.      SAIZ PASARAN

Sasaran jualan kami melalui Kementerian Pelajaran Malaysia adalah daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan kebawah yang berada disekitar negeri Johor. Manakala yang tidak melalui Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah orang ramai khususnya muallaf

5.      PELANGGAN
Sasaran untuk produk kami adalah pelajar sekolah rendah, guru agama, dan muallaf. Kawasan yang menjadi pilihan kami adalah Negeri Johor.
6.      BARANGAN/PERKHIDMATAN
Senarai produk barangan yang dikeluarkan adalah barang yang berasaskan elektronik iaitu headfon , mikrofon , tablet dan pen.Anggaran untuk kuantiti yang dikeluarkan adalah 50 unit untuk  1 hari dan anggaran untuk jumlah jualan adalah 40 unit 1 hari. Anggaran harga bagi seunit alat ini adalah RM 250 bagi satu pakej lengkap iaitu tablet, pen, headfon, dan mikrofon.Harga bagi seunit alat dengar adalah RM20. Manakala seunit alat pengesan suara pula adalah RM10. Harga bagi seunit tablet adalah RM200 dan seunit pen adalah RM20 .Kelebihan untuk barangan ini adalah ia dapat membantu dalam pembelajaran iqra’ dan jawi. Alatan ini dapat mengesan kesalahan dalam sebutan iqra’ dan jawi. Malah, alatan ini juga akan menunjukkan sebutan iqra’ dan ejaan jawi yang betul.  Keburukan pula, barangan ini tidak mempunyai software atau kemudahan selain dari penggunaan iqra’ dan tulisan jawi seperti al-Quran.Ia juga hanya sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah dan guru yang mengajar pendidikan islam khususnya. Produk kami juga menawarkan pembelian alat ganti setiap unit.
7.      PERSAINGAN
Terdapat pelbagai persaingan pada masa kini yang seperti al-quran digital, “note book”, komputer riba, tab dan lain-lain alat elektronik yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Persaingan sangat tinggi mugkin berlaku kerana rata-rata barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam bidang pendidikan pada masa kini adalah hampir sama. Dengan itu, kami telah membuat sedikit kelainan  dan penambahbaikan pada produk kami.

8.      KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING
Setiap sesuatu  produk yang dihasilkan pastinya mempunyai kelebihan. Kebanyakkan produk elektronik yang terdapat pada masa kini memang boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Malah, terdapat produk yang dihasilkan oleh pesaing-pesaing kami boleh digunakan dalam semua matapelajaran. Kelemahan yang terdapat dalam produk yang dihasilkan oleh pesaing kami adalah punca terhasilnya produk kami. Kami dapati tiada produk yang dihasilkan khusus untuk menangani masalah buta huruf dikalangan pelajar. Kebanyakkan produk yang dihasilkan terlalu banyak kegunaan sehinggakan pelajar tidak dapat menggunakan semua software yang diletakkan dengan sebaiknya dalam sesuatu produk.

9.      RAMALAN JUALAN
Jualan kami diramalkan akan mencapai target keuntungan sebanyak 50 peratus ke atas daripada modal yang telah kami dikeluarkan. Kami juga menganggarkan bahawa sebanyak 1000 unit dalam masa setahun jualan produk kami yang akan terjual .

10.  STRATEGI PEMASARAN :

        i.            Strategi Barangan (Produk)

Produk yang kami ingin perkenalkan kepada semua orang ialah sejenis alat pembelajaran masa kini yang dapat membantu pelajar yang ingin belajar atau memperkemaskan atau memperbetulkan Jawi dan Iqra dengan berkesan.

Produk ini dikenali sebagai “Smart Rawi” yang mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi produk yang pelanggan akan dapat melalui pembelian “Smart Rawi”  ialah pelanggan yang baru ingin mempelajari Iqra dan Jawi akan dapat mempelajarinya dengan mudah, pembelajaran ini akan diajar secara berperingkat-peringkat dan setiap kesalahan yang dibuat akan diperbetulkan sehinggalah betul. Bagi pelanggan yang sudah mempelajari jawi dan Iqra dapat memperkemaskan lagi pembelajaran mereka secara persendirian dan dapat meningkatkan pencapaian Jawi dan Iqra. Contoh untuk pembelajaran Iqra, setiap sebutan huruf hijaiyyah akan diajar satu per satu,  Pelanggan akan mendengar perkataan yang  disebut dan akan menyebut perkataan tersebut sehinggalah betul sebutannya.

Barangan ini akan diperolehi dalam bungkusan kotak yang menarik. Pembungkusan yang dibuat dapatmemenuhi ciri-ciri kelamatan yang sepatutnya, sesuai dengan barangan yang dibungkus, mempunyai label yang senang untuk pelangganmengenali produk yang kami tawarkan dan setiap fungsi produk yang ditawarkan jelasterdapat di atas kotak pembungkusan tersebut. Antarabarangan yang akan pelanggan perolehi ialah  “4 in 1”  iaitu tablet, pen, headphone dan mikrofon. Oleh itu, pelanggan akan berpuas hati dengan produk yang dibeli kerana ia mempunyai pelbagai barangan di dalam satu pembelian.

      ii.            Strategi Promosi

Promosi ialah strategi berkomunikasi yang kami gunakan untuk memperkenalkan produk yang kami tawarkan kepada pelanggan. Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam dan pemasaran secara langsung.

Pengiklanan yang akan dibuat dengan kerjasama media massa ,sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Pengiklanan yang dibuat oleh media massa mempunyai ciri-ciri warna yang sesuai dan menarik, penggunaan kartun  juga digunakan supaya pelajar-pelajar tertarik dengan iklan tersebut dan akan cuba untuk membelinya, bagi golongan muallaf pula kami akan cuba menarik minat mereka dengan menunjukkan kepelbagaian fungsi produk tersebut. KPM pula dapat membantu kami mengiklankan produk ini ke sekolah – sekolah yang terpilih. KPM akan membuat pelancaran produk-produk ini di sekolah - sekolah yang terpilih,guru-guru dan pelajar akan dapat lihat fungsi produk ini secara realiti dengan demontrasi yang akan dibuat oleh kakitangan kami sendiri. Mereka juga dapat mencuba produk ini sebelum pengagihan yang sebenar dibuat oleh sekolah melalui KPM.

Promosi diskaun jualan yang akan dibuat pada permulaan produk ini dilancarkan. Kami akan member diskaun sebanyak 10% - 15% . Tempoh promosi yang sesuai ialah selama 1 bulan dan tarikh selepas itu tidak  akan dilayan. Diskaun yang akan diberikan akan mendorong minat pelanggan untuk membelinya kerana mereka merasakan tidak akan dapat harga diskaun seperti ini lagi jika tidak membelinya dari sekarang.

Kami juga akan mempromosi produk kami kepada orang awam dan pasaran  secara langsung melalui premis-premis kami dan juga  “roadshow” di pasaraya. Pelanggan akan dapat melihat fungsi produk secara jelas  dan persoalan produk ini akan dapat dijawab secara terus di lokasi - lokasi tersebut.

    iii.            Strategi  Harga

Harga adalah nilai yang perlu dibayar oleh pembeli / pelanggan kepada kami sebagai  pulangan kepada produk yang telah dibeli daripada kami. Kami menawarkan setiap 1 unit “Smart Rawi”  dengan harga RM 250. Penetapan harga tersebut telah dipertimbangkan oleh kami  dan mendapati kos ini sesuai kerana ia melibatkan kos sebenar produk dan kemampuan pengguna untuk membelinya. Memandangkan produk kami adalah yang pertama dikeluarkan, jadi amat bersesuian dengan harga yang ditawarkan kepada pelanggan.

    iv.            Strategi Edaran
Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran untuk memastikan “Smart Rawi”  sampai kepada pelanggan. Aspek yang penting adalahtempat, tempat yang telah kami kenal pastiadalah di sekitar Lowyat yang mana pelanggan mendapat akses kepada produk yang kami tawarkan.  Tempat tersebut kami pilih kerana ia melibatkn pusat elektronik yang terbesar di Kuala Lumpur. Kami mendapati ramai pelanggan yang akan mengunjungi tempat tersebut dan ini adalah merupakan tempat yang sangat strategik dan sesuai dengan kualiti dan kuantiti pelanggan untuk mengedarkan produk  “Smart Rawi”  ini.

Pengedaran  yang  kami  lakukan secara langsung dimana kami berhubung terus dengan KPM  untuk diedarkan kepada sekolah - sekolah yang terlibat dan sekolah-sekolah ini akan mengagihkan produk ini kepada pelajar – pelajar sekolah tersebut. Manakala pengedaran secara tidak langsung melibatkan penjual yang lain yang ingin menjual produk  kami ini di premis – premis mereka.




Tiada ulasan: